Thursday, December 27, 2012

Time is running so fast

It's almost the end of 2012. But I don't even feel like im ready to be in 2013. I cant believe that it's been a year I finish my secondary school.  Hmmmpp. Am i ready?  Ya Allah, please ease everything. Aamiin :')

Monday, December 24, 2012

Afraid.



I'm too afraid of losing. 
But maybe i think too much. 
Ya Allah, semoga apa yang menjadi milikku kekal menjadi milikku. 
Aamiin. 


Sunday, December 23, 2012

Me

Salam. 
Don't know specific things to post. 
I just say the things that are in my mind. 
Yeah, I talk randomly. 
Even my friends call me random. 
And maybe that's why I'm different. 
So please, accept me for who i am. 
Deal? Yeah, smile always :)  


Tuesday, September 25, 2012

Cupcake !


I found this picture. Cute isn't it ? Yummmehhh :D

Thursday, May 24, 2012

Selamat tinggal Sahabat.

Hahaa. Yup. Orang belum pergi lagi aku dah sebok cakap selamat tinggal. Poyo. Sukati lah. Sedih k sedih. Aku pergi lambat 5 hari dari dorang. Harap maklum. *padahal aku yang tinggalkan dorang lagi jauh. mwehehe. Ada jugak kawan aku yang dah pergi, tapi yang rapat dengan aku belum pergi lagi. Sume budakks matrik johor and n9. Wohoo. Hopefully dipermudahkan urusan dorang tyme belajar nanti. Sayang korang ^_^. Tahun depan jumpa lagi. Hug n kiss :)

Tuesday, May 8, 2012

Tentang Kita, Tentang Rasa

First. Sorry. I really didn't mean to make you sad. Maybe my action was quite harsh, but i think for now, it's the best for us. 


Tentang Kita. Emm. Banyak lagi benda yang kita nak kejar. Terlalu banyak benda yang kita tak tau. Kite tak tau ape yang Allah dah aturkan untuk kita. So, buat mase sekarang ni.. aku harap kau faham. Please, jangan salah faham maksud aku. If not it makes me hurt again and again. Kita kena matang hadapi keadaan ni ok? Kita sama2 mesti fokus belajar kerana Allah. Balas jasa mak n ayah ^_^


Aku faham ape kau rase. Bukan senang kita nak hadapi benda ni kan? Fahamkan ayat yang penah aku bagi kau hari tu. Ayat tu memang sweet. Tapi aku nak kau fahami maksudnye. Sejauh mane pun kita bertahan dengan ape yang kita ada, tapi kalau Allah tak reda. Takkan ke mana pun. Ingat ayat yang kau pernah cakap, tanamkan cinta pada Allah dulu. Tu yang utama. Kalau aku kuat, kau lagi kena kuat dari aku. Get it? So, chill. 


Ok, thank you for that song ;) 

Thursday, May 3, 2012

Sabar :)

Dalam masa 2 minggu, rasa macam2 jadi kat aku. Aku dah dapat agak, kalau gembira sangat mesti ade je benda sedih jadi. Takpe, ade hikmahnye. Even aku rase susah macam mane pun keadaan sekarang ni, tu baru sikit kan. Aku tau lepas ni banyak lagi dugaan aku kena tempuh. Perjalanan hidup aku panjang lagi. Ye, aku kena dapatkan balik self motivation aku and jadi diri aku yang dulu. Terperuk je dekat rumah buat aku jadi lain, not myself anymore. I'm not strong enough to face all my problems like before. Fikir pun negatif je. 


Semua masalah ade jalan penyelesaian, tapi buat mase ni.. Biar dulu lah ea? Fokus belajar. Haish. Aku kena sabar, tenang. Yakin semua yang jadi ni ade baiknya. Kadang2 rasa macam nak bawak diri belajar jauh2. Eh? Bajet dah besar sangat je kan. 18 pun x cukup lagi xD. Thanks untuk kawan aku yang sentiasa ada time aku susah and senang. Takpela kalau kau tak faham pun ape masalah aku, asalkan kau selalu teman aku pun dah kira ok. Love you :)

Monday, April 9, 2012

Eiffel I'm In Love.

Aku suka Eiffel Tower. Kenapa? Sebab cantik. Mwehehe. Tu je. Takde alasan lain. Tak sangka kawan aku pun suka jugak. Kebetulan ? Ohh, mungkin kita orang memang sehati sejiwa. Pehh. Geli kenapa aku cakap macam ni xP. Hehehe. Harap maaf, kalau mood aku tengah bengong aku sendiri tak tau apa aku tulis. Yang penting aku nak berangan nanti nak honeymoon dekat PARIS. Hahaha. 


# First place in the world yang aku nak pergi = Mekah. Second place. Eiffel Tower, Paris :)


Yang benar - Orang yang tengah sebok berangan. =.=

Sunday, April 8, 2012

I know I'm wrong.

Bukan semua benda yang kita rancang akan jadi kan ? Mungkin pada aku, aku dah usaha. Tapi pada pandangan orang lain, aku still sama. Takde perubahan, takde peningkatan diri. Aku tau self motivation tu penting. Tapi tolong jangan buat aku rasa down. Tolonglah bagi semangat dekat aku. 


Mungkin dari luaran orang nampak, ohhh. SITI RAHMAH ni seorang yang kuat. Even kawan aku pun cakap camtu dekat aku bila dorang hadapi certain masalah. Nope. Aku pun manusia biasa. Aku tak suka tunjuk kelemahan aku, tapi hakikatnya yang sebenarnya aku dah pun tunjuk kelemahan aku tu. 


Aku selalu terus terang apa yang aku rasa sebab aku tak suka serabutkan fikiran. Tapi mungkin cara penyampaian aku tu salah. Ok, aku tak reti nak berlembut dengan orang sekarang. Sometimes aku rasa, kenapa aku macam ni? Ye, aku tahu aku salah. Tolong jangan mengharapkan aku sekelip mata akan berubah. Aku tak PERFECT. Minta maaf. Aku akan cuba perbaiki diri aku lagi ==''


Ya Allah, kuatkan lah hati hambamu ini. Permudahkanlah urusan ku Ya Rabbi :)

Tuesday, March 27, 2012

Keredaan.

Salam. Ohohoi.


Ye, setelah seminggu dapat result baru aku sebok nak post dekat blog ni kan. Bersyukur dengan keputusan yang aku dapat walaupun tak lah sehebat mane. Nak ke aku mention kat sini ? Disebabkan aku tak malu aku mention jugaklah . 6A 3B 1C. Cukup pakej, ABC.


Bohonglah kata tak hampa. Hampa sebab ada C . menyebok betol huruf C ni kan ? Haish. Even keputusan aku biase je, aku reda~~ Hewhewww. Asalkan mak ayah aku happy. Dah kira baik dah. Lantak lah orang lain nak kata apa. Aku tau result ni result yang terbaik untuk aku ^_^. Alhamdulillah.

Monday, March 19, 2012

Kekacauan . Kegelisahan .

Salam. Hehehe.

Ok, minggu lepas minggu kekeliruan. So, minggu ni jadi minggu kegelisahan dan kekacauan sebab takot sangat nak tunggu RESULT SPM nih. Pergi sana, pergi sini memang mulut orang asyik cakap pasal result sahaja ye. Atok nenek pakcik makcik cikgu jiran kawan2 . Hah ? Sape lagi takdo dalam list ? Apa aku nak buat ? Hanya tersenyum tunjuk konon2 aku tak risau langsung. Cewahh. Dalam hati Tuhan je yang tahu. Doakan lah kejayaan aku dan semua rakan2 seperjuangan aku :')

YA ALLAH. Kuatkanlah hambamu ini dalam menerima segala ketentuanmu. Amin ~~

Tuesday, March 13, 2012

Kekeliruan =.=

Assalamualaikum. annyeong :)


Ok, aku confuse ni. Sebenarnya result keluar bila kah ?


21 hb or 22 hb ? Ayah aku dah apply cuti 22 hb ni . Haih, payah lah camni. Last2 mak aku kata. Tak payah pergi amek result, duk rumah sms je. Adehh mak aku ni , senang jo jawapan dye =.=. Aku yang berdebar-debar ni ha. Sesak dada, sesak nafas . Hwa :(


*DOAKAN KEJAYAAN SPM KITA BERSAMA :)

Wednesday, March 7, 2012

Dup Dap Dup Dap !

Salam.
Haih .. makan . tido . on9 . korea . radioa . tv . lesen . kelas bi . piano . gitar . arggghh ! aku rase tiap2 hari aku buat benda yang sama. tapi tak sangka pulak sekarang ni dah bulan 3


15 DAYS TO GO ! 

Pelbagai onak ranjau aku tempuh 11 tahun belajar. Tapi tahun yang betol2 mencabar mental dan fizikal aku ialah tahun 2011. Macam2 masalah jadi tyme nak periksa =='


Akhir2 waktu camni ape yang boleh aku buat ialah hanya dengan berdoa. Aku dah usaha , then kenalah doa and tawakal je. Apa pun keputusannya nanti aku kena reda. Harap-harap result SPM aku tu keputusan yang TERBAIK untuk aku. Aku tak nak hampakan mak dan ayah aku. AMIN ~~ ^^v


>> stress !! ;D

Saturday, February 18, 2012

Unik itu menarik

Assalamualaikum .
ahah, kali ke empat aku maen conteng2 dekat belog aku nih. sepatotnya pagi nih aku pegi kelas english aku, tapi batal lah pulak ttbe. hampa hatiku. speech yg berjela aku buat malam tadi hingga membuatkan mata aku jadik macam panda , sia2 je. *hoh, kantoi wat keje last minute. u deserved it rahmah xD


Ok, so pagi nih aku dah bangon awal tanpa sebab dan kemudian aku tatau nak buat ape. aku pegi lah maen cak2 dekat blog orang . Eh, macam best pulak post orang nih. Tak sangka kau ada bakat menulis kan? Mulalah aktiviti aku menjadi stalker. Dari satu topic ke satu topic aku bukak . Macam tak percaya . Muka kau , erhh . Sorry to say, tak nampak langsung macam penulis yg berkaliber. But, serious bila aku baca , aku rasa seronok . Maybe pada pndangan orang laen, orang akan kata kau pelik sebab cakap dengan bahasa yang penoh hiperbola, metafora, simile dan apa2 lah yang seangkatan dgnnya . 


Aku rasa apa yang kau cakap tuh laen dari yang selalu aku baca. Dari situ aku tau cara pemikiran kau ni special. Unik. Jarang lah ade lelaki nak tulis macam tuh, lagi2 yang sebaya aku kan . Kau menulis dengan cara kau sendiri , tak yah nak fikir ape pendapat orang pasal kau. Itu menjadikan apa yang kau tulis tuh unik dan menarik perhatian aku. Hah, nak tak aku promote blog tu? heh , jangan harap. Nanti followers dia bertambah dan aku akan rasa jealous. Sebab tuh aku tak nak promote. Harap maklum. *Aku hanya meminati cara penulisan dia, bukan orangnye. Jangan fikir bukan2 =.=



Wednesday, January 25, 2012

Believe in MYSELF :)

Assalamualaikum :)


ahh .. what a boring holiday . Just eat and sleep . erkk . lame2 bolehh bina badan lah mcm ni. eheemm. ok, aku dah pergi dah english course dekat UTM Space tuh. Not bad lah . seronok .. tapi bila dah pergi course tuh barulah aku tau satu benda pasal diri aku . hah , selama ni aku ni seorang yang berani je nak wat macam. tapi aku pon ade kelemahan gak , berani2 aku ni , aku ni pemalu sebenarnya. ehh , geli kan ? berani tapi pemalu .. ibarat hidop segan mati x mau ! huhhh ..


The lecturer called me 'THE SHY ONES' . uhuk3. 
no no no ! tercengang aku mase dengar dia cakap camtuh . alahai ~ x lahh . i'm a talkative and happening person. tapi betol lah kott .aku memang akan jadik amat pemalu dan pendiam bila jumpa orang yang aku baru kenal. hehe. even dulu mase kat asrma pon adik dorm aku kate aku pemalu , tapi bila dah kenal . mak aihh .. kepoh bebeno letuwww . dah tak leh tutop dah mulot aku ni . 


ohh yeah . haha gedik . lol . motif tulis post nih adalah untuk menaikkan semangat aku. aku nih dah biase tulis karangan bi yang berjela-jela... tapi x biase speaking jehh . the word is playing in my mind but I just can't speak out my word . what a pity person I am isn't it ?? 


I already ask my aunt which is a lecturer at UPM about this and she advises me to keep practicing to speak it at home . Macam mane nak pg interview kalau benda simple camni pon x lepas? Just confident with yourself Rahmah . You know you can do it right ? If I want to be a Lecturer, I must not afraid to speak in English even though I am speaking in the wrong word and also in broken English ! hahaa . 


Believe in myself is the important things :) May Allah bless me in what ever I do . Hopefully my SPM results is sooo excellent ! So that i can choose the course that I am really tend to love it . Human Sciences :D 


# I WILL NOT STOP PRAYING UNTIL THE SPM RESULT SLIP IS IN MY HAND ! # 

Thursday, January 12, 2012

Thank You Sahabat

Assalamualaikum . 
Hahaa . second time menulis kat blog ni lepas je habes SPM. cehh , konon2 nak tulis banyak2 kat blog ni tapi hampeh je . aku ni terlalu pemalas nak menaip . haih , mcam lahh menaip tuh penadd sgt mcm lari satu padang kan? entah pape .


Ok , berbalik pada tajokk . ergghh ! tak nak cakap pasal sahabat , nanti air mata aku senang2 je turon .. meleleh macam air terjun . *nmpak sgt x matang lagi. hehee*. entah berape kali aku nak post pasal sahabat agaknye. em , dah cukopp sebulan lah kiranya aku habes SPM. Alhamdulillah, still tak lupa nak contact dengan kawan2 aku even aku dah pindah. hahaa . care cakap macam pindah jaoh sangat je kan. well , ayah aku still kerja kat Bandar Tenggara terchinta, so senang lahh aku nak ikot dye balik sane. biasa lahh , penganggur x berbayar macam aku ni memang banyak masa free. sampai dah bosan tahap cipan duduk rumah. 


Ahah , ape ingat jadik penganggur takde masalah ke? for sure lah ade. tapi duduk kat sini macam lah aku ade kawan kan nak luahh2 perasaan ni. takde lah sombong just pemalu je. hahahaha. ehem . bersyukur sangat sebab sahabat2 aku ni still nak dengar cerita and luahan hati aku even dorang pon ade hal dorang maseng. ade yang dah masok u , kerja, tlg mak ayah kerja and jadik suri rumah pon ade. ahaks ! and aku pon takkan lupa pesanan sahabat aku . 


" Rahmah , jangan berubah tau dah pindah ni.. "


Aku tau dorang pon takott aku berubah bila dah pindah ni. mane tau tetiba aku belagak, campak tudung, pakai baju berfesyen segala bagai and tak ngaku dorang kawan kan . Nauzubillah. Jauhkan lahh ya Allah.  InsyaAllah aku takkan buat macam tuh. I have my own prinsip lahh .. Kawan itu keperluan , bukan untuk kepentingan or kemahuan. aku akan ingat setiap nasihat dorang . tak nak lupa korang :)


even dah buat hal maseng2, tetap try nak spend masa sama2. hahaa . camne kita orang spend mase ? hermm . maen keyboard and gitar. hehee . lagi2 ade sorang kawann aku ni ade tempat jamming, ayah die punya. so dye lahh pro sume benda2 ni . bagi tunjok ajar kat kita orang yang still merangkak nak maen alat muzik tuh . thanks mumu . 

sementara ade mase ni , memang aku nak spend masa dengan dorang puas2. hala tuju lepas ni xtau lah ke mana and macam mana right ? kita hanya mampu merancang , Tuhan menentukan . ape yang aku tau , lau nak kawen wajib jempot aku . hahaha . *gatal* kalau dah sebok nanti nak contact pon susah . ape lagi nak jumpa kan ? TAPI still ade lagi sahabat yang tak dapat aku jumpa cuti ni . wirda,sabariyah,taqi..budak tu lagi... hee. tak ape, ade rezeki nanti jumpa lah kan.. amin~ 


So . Ini luahan hati aku , ahaha.


Sahabat , thank you kerana melengkapi hari2 persekolahan aku. thank you kerana menggembirakan aku. thank you kerana bergaduh dan berbaik dengan aku. thank you kerana menerima aku seadanya. thank you kerana memberikan kenangan yang tak akan pernah dapat aku tukar dengan apa shaja benda kat dunia ni, thank you kerana mendengar cerita and masalah aku yang melalut entah pape .
TERIMA KASIH untuk segalanya :D 


#aku nak bagi korang lagu Sahabat by Najwa latif . hahaa. pepandai carik sendiri.#


AKU RINDU GILOSS NAK KUMPUL CAMNI.
Norra xde dalam gmbr. hee.